Selamat Datang


Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog saya...
Blog saya ini diwujudkan bukanlah sebagai alat pencernaan minda

jauh sekali sebagai pusat rujukan....
Namun atas dasar ingin berkongsi pengalaman dan maklumat,

maka wujudlah blog ini yang tidak seberapa adanya....
Maklumbalas dari pelawat-pelawat sekelian,

saya dahului dengan ucapan Terima Kasih....

73,
Wasallam
9w2YYB



.......................................

Radio Amateur Mengikut Persepsi Saya Sendiri

Radio Amateur atau HAM Radio merupakan salah satu cara komunikasi radio dua hala menggunakan radas tertentu dan frekuensi tertentu untuk berhubung baik semasa kecemasan, bencana dan malapetaka mahupun untuk mencari kenalan dan sembang-sembang di serata dunia selagi penggunaannya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sesebuah negara.
Realitinya, sistem komunikasi yang agak kuno ini amat berguna apabila berlaku bencana dan kegagalan sistem komunikasi moden yang lain disamping keupayaannya untuk berhubung dengan para angkasawan yang mengelilingi orbit bumi.
Walau apapun tafsirannya, yang nyata; ke mana sahaja saya pergi, pasti akan ada rakan-rakan yang menanti dengan semangat persahabatan.


.....................................................

Rabu, 28 Mei 2008

Giliran Saya Pula 'Memukat'

Pasangan Asmin dan Nursaadah(adik ipor)

Pengantin expired. Syok jugak sekali-sekala naik pelamin.

SC9TN Pak Abu

Anak Pak Abu yang bakal menduduki peperiksaan RAE.


Inilah dia, SC3BME / PR-GF, Wak Misbah memimpin bonda tercintanya dibantu oleh xyl saya.

Pada tanggal 25 Mei 2008, telah berlansung satu Majlis Akad Nikah adik ipar saya, Nursaadah dengan pasangannya Asmin di Chenor, Pahang.

Majlis yang serba ringkas itu telah diserikan lagi dengan kehadiran dua rakan radio yang tidak disangka-sangka telah memasuki 'pukat' saya.

Syok juga rupanya 'memukat' orang ni. Pak Abu SC9TN sememangnya base station di Temerloh telah hadir bersama xyl dan harmonik. Ceritanya Pak Abu ni akan menduduki peperiksaan RAE bersama harmonik lelakinya. Juga khabarnya mereka telah memasuki kelas RAE yang diadakan oleh rakan-rakan lokalan Kerayong.

Wak Misbah SC3BME / PR-GF dan keluarga pula dalam perjalanan pulang dari menghantar pengantin di Bera. Biasalah, kalau masuk jalur tu...kena 'pukat' terus.

Apa-apapun terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir ke majlis yang tidak seberapa adanya tersebut.


Selasa, 27 Mei 2008

Genting Highland ada Nelayan?






Siapa kata di Genting Highland tiada "Nelayan". Gambar di atas adalah sebahagian dari 'nelayan' Genting Highland yang kerjanya 'memukat' rakan-rakan radio yang bermobile melalui lebuhraya Genting Sempah.

Pada 23 Mei 2008, Khamis 11.00 malam saya dan keluarga bermobile dari home base di Rawang ke Chenor, Pahang.

Macam biasa, dalam perjalanan kalau tak QSO, tak meriah pulak permanduan.

Aduuuiii...sampai sahaja di Genting Sempah, saya telah dipukat oleh nelayan-nelayan Genting ni terdiri daripada PRSG, PRSY, PRCO dan seorang 'mangsa' terdahulu yang mai dari Penang.

Oleh kerana di kalangan 'nelayan' ini saya hanya mengenali PRSG, maka mini eyeball tersebut berjalan agak lama.

Seronok tu memang seronok dapat berbual dengan rakan-rakan sealiran, tapi yang tak seronoknya, saya sampai ke kampung di Chenor tepat pukul 3.45 pagi. Sempat tidur dua jam, selepas itu dah ada tugasan lain pulak di kampung...

Itulah dia 'kegilaan' rakan-rakan Ham ni. Akan tetapi peluang untuk mengeratkan lagi silaturRahim sesama insan mengatasi segala keletihan dan rasa mengantuk saya dalam perjalanan.

Rabu, 21 Mei 2008

PR-SG di muka depan Harian Metro



Kejadian yang mungkin mengundang musibah kepada seorang rakan Ham iaitu PR-SG, Pak Shukor patut di ambil iktibar oleh semua.

Penulis sempat melihat sendiri mata kail tersebut sebelum berita ini disiarkan oleh Harian Metro, Rabu 21 Mei 2008.

Untuk berita lanjut sila baca sendiri keratan akhbar di atas....

Eco X-Capade & X-Sprint 2008









Pada 18 May 2008, Telah berlansung sukan Eco X-Capade & X-Sprint 2008 di Hulu Langat, Selangor di sertai oleh peserta-peserta lasak dari Malaysia mahupun luar negeri.

Sukan yang menguji ketahanan mental dan fizikal itu merupakan salah satu program yang termasuk di dalam kalendar perlancongan Negeri Selangor.

Rakan-rakan Ham dari Pradas telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan salah satu aspek yang paling penting iaitu komunikasi bagi melancarkan perjalanan program tersebut.

Tahniah kepada rakan-rakan yang sanggup berkhemah bersama keluarga demi untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Penulis........emm terpaksa balik kampung atas urusan keluarga.

Terimakasih Abang Shukor (PR-SG) atas kesudian memberikan koleksi gambar program tersebut.

Jumaat, 16 Mei 2008

Laaayaaannn...Zaasss







*Sila klik di sini untuk banyak lagi gambar..

Oleh kerana tak ada lagi berita-berita terkini yang dapat dimuatkan buat masa ini, kepada sesiapa yang hendak 'layan' gambar-gambar 4x4, sila ikut link di atas. Semua tu koleksi gambar dalam simpanan saya untuk tatapan umum.

Mungkin selepas cuti panjang hujung minggu ini, bolehlah dimuatkan berita-berita aktiviti rakan-rakan. Itupun jika ada rakan yang hendak berkongsi cerita.

Selamat Berhujung Minggu....73

Isnin, 12 Mei 2008

Lagi sekali...Operasi menyelamat di Gunung Nuang.






* Sila klik untuk gambar selanjutnya.



Pada jam 8.57pm, 10hb Mei 2008, setelah selesai makan malam di home base, saya telah menerima panggilan dari Abang Shukur (PRSG) mengatakan ada kecemasan kepada salah seorang pendaki dari Putra Jaya Holding diketuai oleh 9W2NUR di puncak Gunung Nuang yang memerlukan bantuan dengan segera.


Tanpa berlengah terus saya bergegas ke sana sambil 'monitor' frequensi V38 dimana hubungan dua hala sedang ke udara antara pihak mangsa diketuai oleh PRNM (9W2NUR), Norman Marzuki dengan pihak penyelamat radio amatur.


Di ekori sebuah Land Rover kepunyaan JPA3, saya membuat pendakian di celah-celah hutan tebal sehinggalah kenderaan pihak JPA3 tersebut mengalami kerosakan 'Clutch'. Mungkin itulah pengalaman pertama saya menarik sebuah Land Rover sambil mendaki gunung untuk diletakkan ke kawasan yang lebih luas supaya tidak menghalang jalan.


Di kem Lolo kami menunggu pihak JPA3 yang berjalan kaki membawa turun kesemua pendaki dan mangsa hampir dua jam dan kepakaran PRXE, Abang Najib terserlah apabila sempat membaiki sebuah Jeep kepunyaan Abang Zulni, PRZL (9W2XMZ) yang mengalami kerosakan mekanikal di dalam axcel.


Setelah mangsa dan kesemua pendaki dibawa turun ke portable kami, mangsa telah di beri bantuan perubatan dan proses membawa turun kesemua pendaki menggunakan 4x4 mengambil tempat. Dengan menggunakan 8 buah 4x4, kami terpaksa berulang-alik sebanyak 2 kali.


Operasi diakhiri dengan kerja-kerja penarikan Land Rover JPA3 dari lokasi break down hinggalah ke Balai Polis Batu 9, Cheras lebih kurang pukul 6.00 pagi.


Tahniah kepada rakan dari JibAuto 4x4 terdiri dari Najib (PRXE), Zulni (PRZL), Ali (PRXL), Irham (PRXG) serta Abang Shukur (PRSG), Mahadizan (PRPV) yang mewakili Pradas.



Tidak ketinggalan juga rakan-rakan dari MARES diketuai oleh Pak Aziz (9M2AU), rakan-rakan yang menjadi 'orang tengah' komunikasi simplex dan yang paling utama pihak JPA3 yang sekali lagi menjadi juara di dalam kerja-kerja penyelamatan.


Penulis sampai base station jam 7.30 pagi.....selepas tu pengsan zzzzzz...


Terbukti kerjasama mampu menyelesaikan segalanya.

Khamis, 8 Mei 2008

Banjir di Pahang 2007








Pada penghujung tahun 2007 yang lalu, kita telah digemparkan tentang banjir besar dan luar biasa yang melanda beberapa buah kawasan di Malaysia.

Pelbagai pihak termasuk rakan-rakan dari Radio Amatur dan 4x4 telah bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Penulis sempat merakamkan beberapa situasi banjir yang berlaku di Chenor dan Rompin, Pahang.

Kejadian yang dirakamkan tanpa perancangan ini adalah situasi semasa penulis di dalam perjalanan pulang ke kampung iaitu di Chenor dan Tanjung Gemok, Rompin Pahang.


Isnin, 5 Mei 2008

Website Astra Pantai Timur

Kepada rakan-rakan Ham yang ingin memeriahkan lagi persahabatan, sila lawati rakan-rakan kita di pantai timur di http://astrapantaitimur.blogspot.com/

Jugra International Paragliding Selangor Open 2008





*Sila klik untuk gambar selanjutnya.
Maaf, kerana penulis tidak dapat menyediakan artikel akibat kekurangan info.

Jumaat, 2 Mei 2008

SCS Mega Eyeball 2008






Pada Rabu, 30hb April 2008, telah berlansung SCS Mega Eyeball 2008 di Rabok Bay, Jalan Kebun, Kelang.

Program yang bermula jam 8.30 malam itu turut dihadiri oleh lebih kurang 200 ahli-ahli SCS dan keluarga masing-masing.

Program yang lebih bertemakan kekeluargaan ini dihiasi dengan persembahan nyanyian karaoke oleh ahli-ahli, pertunjukan bunga api dan cabutan bertuah.

Sekalung tahniah kepada jawatan kuasa yang terlibat di dalam penganjuran program ini dan ahli-ahli yang meluangkan masa bersama keluarga menghadiri eyeball yang penuh keceriaan ini.


Muzakarah Jawatan Kuasa dan Ahli Astra Kawasan Tengah






Pada 30hb April, jam 8.30 malam telah berlansung Muzakarah Jawatan Kuasa dan ahli-ahli Astra Kawasan Tengah meliputi Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Muzakarah yang membincangkan program-progam yang bakal di adakan di sepanjang tahun 2008 ini juga turut disertai oleh ahli-ahli Astra dari segenap pelusuk semenanjung bagi menunjukkan semangat perpaduan dan peransang sesama ahli.

Walaupun penulis tidak dapat mengikuti program ini lebih lama, tetapi setidak-tidaknya dapat juga bersua muka dan berkenalan dengan ahli-ahli Astra yang sebelum ini hanya sempat QSO atau berkomunikasi di udara melalui repeater transnasional Astra.

Sekalung tahniah kepada ahli jawatan kecil yang baru dilantik dan juga mereka yang terlibat dengan persiapan program ini.