Selamat Datang


Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog saya...
Blog saya ini diwujudkan bukanlah sebagai alat pencernaan minda

jauh sekali sebagai pusat rujukan....
Namun atas dasar ingin berkongsi pengalaman dan maklumat,

maka wujudlah blog ini yang tidak seberapa adanya....
Maklumbalas dari pelawat-pelawat sekelian,

saya dahului dengan ucapan Terima Kasih....

73,
Wasallam
9w2YYB



.......................................

Radio Amateur Mengikut Persepsi Saya Sendiri

Radio Amateur atau HAM Radio merupakan salah satu cara komunikasi radio dua hala menggunakan radas tertentu dan frekuensi tertentu untuk berhubung baik semasa kecemasan, bencana dan malapetaka mahupun untuk mencari kenalan dan sembang-sembang di serata dunia selagi penggunaannya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sesebuah negara.
Realitinya, sistem komunikasi yang agak kuno ini amat berguna apabila berlaku bencana dan kegagalan sistem komunikasi moden yang lain disamping keupayaannya untuk berhubung dengan para angkasawan yang mengelilingi orbit bumi.
Walau apapun tafsirannya, yang nyata; ke mana sahaja saya pergi, pasti akan ada rakan-rakan yang menanti dengan semangat persahabatan.


.....................................................

Jumaat, 27 Jun 2008

Redah 4x4 Club Kuala Lumpur & Selangor


Sijil Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan




Pada 19hb Jun 2008 baru-baru ini satu sejarah telah terlakar dengan tertubuhnya sebuah kelab permotoran 4x4 khusus untuk keahlian di Kuala Lumpur dan Selangor.



Kelab yang buat masa ini masih lagi dalam proses pendaftaran keahlian dan perancangan itu bakal menceriakan lagi arena sukan permotoran 4x4.



Buat masa sekarang penulis belum sempat mendapatkan butiran terperinci tentang kelab ini, tetapi bercadang untuk mendaftarkan nama.

Pradas bersama Sorak! Borak! Euro







*Lagi gambar ehsan dari kamera PRSG, Abang Shukor.



Pada 23hb Jun 2008, jam 1.30 pagi tempohari, satu Malaysia telah menyaksikan satu lagi sejarah apabila rakan-rakan Pradas muncul dalam rancangan Sorak! Borak! Euro 2008 dimana rancangan selingan tersebut bagi menanti siaran lansung perlawanan bola sepak Euro yang ditayangkan secara lansung dari perkarangan Sri Pentas TV3.


Walaupun rakan-rakan Pradas agak keletihan sebaik pulang dari program perkhemahan di Ulu Slim, namun keceriaan jelas terpancar di wajah masing-masing.


Akibat kongkongan kerja dan keletihan 'mengecas' di Ulu Slim, penulis tidak dapat bersama-sama mereka. Tetapi sempat menonton keletah mereka di kaca TV.


Tahniah kepada Pradas yang tak henti-henti dengan program-program mereka. Naik letih aku..!


Untuk TV3, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan rakan-rakan dari dunia HAM.










Isnin, 23 Jun 2008

4x4 Terbuka ke Ulu Slim








Program 4x4 yang ulung kalinya dibuka untuk semua penyertaan ini yang menggabungkan tenaga kerja dan penyelarasan dari pihak JibAuto 4x4 dan Pradas telah berlansung dengan jayanya tanpa sebarang kesulitan.

Program yang bermula pada 20hb Jun 2008 ini, menggerakan konvoi 4x4 sebanyak 15 buah seawal jam 9.30 malam dan sampai ke tapak perkhemahan Pos Keding, Ulu Slim seawal jam 3.00 pagi, 21hb Jun 2008.

Di tapak perkhemahan telah menanti Presiden, Naib Presiden dan beberapa ahli Pradas yang datang lebih awal untuk kerja-kerja logistik . Terima kasih Pak Z and the gang.

Setelah dikira kesemua penyertaan, termasuk yang datang lewat, program kali ini melibatkan sebanyak lebih-kurang 35 buah 4x4.

Bak kata orang 4x4 tak sah kalau tak disertai aktiviti 'mengecas' (istilah untuk sukan lasak 4x4). Pada sebelah pagi Sabtu, para peserta yang 'berani' menaiki 4x4 untuk ke Pos Tenom, lebih kurang 2 jam perjalanan merentasi rintangan hutan belantara yang mencabar.

Malang bagi En Roedy PR-OT, apabila 4x4 (Storm) beliau menghadapi kegagalan pacuan roda hadapan. Nasib baiklah Sifu Jeep, En Najib turut bersama dan dengan jayanya dapat membaiki kerosakan 4x4 tersebut.

Di sebelah malam, macam biasa tapak perkhemahan diseliputi asap BBQ dan acara makan-makan.

Tidak ketinggalan aktiviti karaoke keluarga memecahkan keheningan malam di Pos Keding.

Ahad, 22hb Jun 2008, Aktiviti untuk anak-anak seperti sukan dan senaman memeriahkan lagi suasana terutamanya dengan penyertaan kaki-kaki lawak Pradas yang selama ini memendamkan bakat Raja Lawak mereka di jaluran.

Konvoi meninggalkan Pos Keding jam 4.00 petang, Ahad untuk pulang ke distinasi masing-masing.

Tahniah dan terimakasih kepada mereka yang terlibat. Semoga berjumpa lagi di hutan lain selepas ini.

Jumaat, 20 Jun 2008

RAE 2008-1

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berjaya kepada seluruh warga Ham yang akan menduduki RAE pada 24hb June 2008 ini.
Jawab...jangan tak jawab....Berhati-hati ketika melambung dadu....
Yang pentingnya, jangan lupa bawa bersama surat beserta nombor index dari MCMC.
Selamat Berjaya...!!!

Rabu, 11 Jun 2008

9W2ADH Kemalangan Motosikal.

9W2ADH Pak Adha - QTH Kerayong, Pahang.
(Gambar di cilok dari website 9W2BZT. Sorry Abg Khalid)



Cerita ni agak terlewat. Maaf, saya terlupa. Namun selepas saya menalipon sendiri 9W2ADH, Pak Adha yang masih lagi di dalam wad, Hospital Temerloh, saya terpanggil untuk berkongsi cerita serba sedikit.
Rakan-rakan sebenarnya sudah mewar-warkan di jalur Pradas, tapi saya yang sedang bermobil pulang ke kampung, tidak sempat untuk bertanya lebih lanjut.
Menurut Pak Adha, kemalangan tersebut berlaku pada 5hb Jun yang lalu, tatkala dia sedang menunggang motosikal. Beliau sendiripun tak ingat macamana boleh berlaku. Yang pasti dia terjatuh.
Menurut beliau, ramai rakan radio yang datang membantu. Dan sehingga sekarangpun beliau selalu dikunjungi rakan-rakan yang perihatin.
Mengenai kecederaan, menurut beliau, tulang selangkanya telah patah. Mungkin mengambil masa yang agak lama untuk pulih, namun beliau berharap agar cepat dikeluarkan dari hospital.
Saya bagi pihak rakan-rakan yang selalu berkunjung ke blog ini juga mendoakan semoga Pak Adha akan cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.
"Berhati-hati menunggang motosikal"

Majlis Bacaan Yaasin - Pradas

Sempena sambutan Hari Jadi Pradas pada 12 Jun 2008 ini satu majlis bacaan Yaasin dan jamuan makan malam akan diadakan seperti berikut;



Tarikh : 12hb Jun 2008 (Khamis malam Jumaat)

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Surau Muhammad Al Fateh, Kg. Batu Muda Tambahan.



Majlis makan malam akan diadakan selepas solat Isyak di Restoran Sri Tempua atau lebih dikenali dengan Restoran Sarang Burung.

Disamping menjamu selera, juga akan diadakan Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan X-capade dan Penyerahan AA Pradas bagi ahli yang belum memilikinya.

Maklumat diterima, setiap hadirin jika boleh sila bawa makanan atau minuman untuk dikongsi bersama.

Selasa, 10 Jun 2008

MEGA EYEBALL ‘MORIB’

TARIKH : 05 & 06 JULAI 2008 (SABTU & AHAD)
LOKASI : PANTAI MORIB
AKTIVITI : CAMPING, BBQ, DXing, INTRODUCTION TO FOX HUNTING, FREE & EASYBAYARAN : RM10-RM20 PER PAX (akan di tetapkan kelak. Bayaran ini adalah untuk seafood BBQ)
CALLING CHANNEL : V40 (145.500 MHz)
Pengawal Trafik Udara :9W2OO Pak Maarof


Mega Eyeball anjuran Biro Rekreasi ASTRA Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini adalah berkonsepkan ‘Pot Luck’ di mana rakan-rakan adalah digalakkan untuk membawa makanan & minuman sendiri.
Walau bagaimanapun, Biro Rekreasi ada menyediakan ‘hasil tangkapan laut’ yang dibekalkan oleh para nelayan di Morib. Kemudahan BBQ juga ada disediakan untuk kegunaan rakan-rakan. Terdapat juga gerai-gerai makanan yang terletak berhampiran dengan tapak perkhemahan Mega Eyeball bagi kemudahan rakan-rakan dan keluarga untuk menjamu selera.
Sebarang maklumat lanjut akan di tambah dari masa ke semasa di dalam laman web ini & juga di repeater Transnasional ASTRA. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada 9W2MUC Syahrul Nizam di talian 012 336 7735 atau 9w2muc@gmail.com

*Dari website Astra Tengah

Musim Walimatul Urus dan Rakan Radio

Senyum Sempoi Kak Miah, 9W2BTU

Salim, 9W2SHN dari Segamat. Radio Ham mempertemukan kembali rakan sekolah saya yang terpisah 29 tahun yang lalu.

Orang kuat Rompin, Tok Uban atau Pak Razif, 9W2TOU. Memang patutpun dapat gelaran Tok Uban.

Menjamu selera bersama keluarga 'radio'

Dari kiri; Abang saya Md Yakin, Shukor, Saiful dan Salim. Salim berjumpa bekas seniornya di Sek Vokasional Kuantan tahun...??



Pada tanggal 8hb Jun 2008 baru-baru ini, satu Majlis Walimatul Urus anak saudara saya telah berlansung di Kampung Tanjung Gemok, Rompin, Pahang juga di rumah bonda dan tempat kelahiran saya.


Majlis yang meriah dengan kebanjiran jiran tetangga dan sanak saudara tersebut turut menerima kehadiran beberapa orang rakan radio yang secara kebetulan berada di jajahan sana.


Sememangnya tidak dapat dinafikan, semenjak saya berkecimpung di dalam arena Radio Ham, ramai kenalan saya terdiri di kalangan rakan-rakan yang muncul tanpa disangka-sangka.


Terima kasih diucapkan kepana rakan-rakan 'antena panjang' yang sudi berkunjung ke rumah OT saya dan sama-sama memeriahkan Majlis Perkahwinan anak sulung kepada satu-satunya abang saya.


Buat SC3SY (Saiful Rompin), 9W2SHN (Salim dari Segamat), 9W2TOU (Tok Uban dari Rompin), 9W2BTU (Kak Miah dari Rompin) dan WTYY (Shukur dari Segamat), terima kasih dari saya sekeluarga.

Khamis, 5 Jun 2008

Trip 4x4 ke Ulu Slim -Terbuka.



Gambar hiasan sahaja. Tiada kena-mengena dengan Ulu Slim.

Sempena menyambut kenaikan harga minyak hari ini dan sebelum rakan-rakan 4x4 pakat jual 4x4 masing-masing, satu program XPDC 4x4 ke Ulu Slim anjuran JibAuto 4x4 akan diadakan pada 20hb Jun 2008 ini.

Program yang dibuka kepada semua peminat 4x4 tidak kira dari pasukan atau kelab mana ini, akan bertolak dari Hentian Rehat & Rawat Rawang pada pukul 9.30 malam, Jumaat 20hb Jun 2008.

Bagi sesiapa yang belum berpengalaman memasuki hutan di waktu malam, inilah masanya kerana suatu kelainan bakal dirasai berbanding pergerakan di waktu siang.

Secara tidak rasminya, pada hari Sabtu, peserta akan menguji pemanduan 'offroad' ke Pos Tenam dan pada sebelah malamnya, akan diadakan BBQ.

Semua kos perjalanan akan ditanggung oleh peserta sendiri, selain setiap keluarga disyaratkan untuk membawa sekurang-kurangnya sekilo ikan atau seekor ayam (Syarat biasa JibAuto 4x4).

Selain itu sila bawa kelengkapan perkhemahan dan aksesori untuk keluarga sendiri.

Sebagaimana diketahui pihak 'penjaga' Ulu Slim mungkin akan mengenakan bayaran antara RM10 -15 sebuah kereta.

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan En. Najib dari JibAuto 4x4 di talian 019-273 9916.

Rabu, 4 Jun 2008

Musibah Melanda 9W2DUA




Pada 3hb Jun 2008, Satu musibah telah melanda rakan kita 9W2DUA, Abd. Aziz bin Abd Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Dua apabila kediaman beliau telah musnah dalam kebakaran. Semoga Pak Dua sekeluarga tabah dalam mengharungi dugaan ini.
Penulis sekeluarga mendoakan semoga kehidupan Pak Dua akan kembali seperti sedia kala.
Bagi rakan-rakan yang prihatin dan ingin berkongsi kesengsaraan dengan Pak Dua, bolehlah sama-sama menderma melalui akaun bank Pak Dua;
Bank Islam No: 9010022101
Disamping itu rakan-rakan Ham juga ada melancarkan Tabung Bantuan melalui Persatuan dan Kelab masing-masing.
*Cerita dipetik dari website Astra. Gambar dipinjam dari website Mares

Isnin, 2 Jun 2008

Konvoi Muhibbah Vee99









Pada 31 Mei 2008, telah berlansung Konvoi Muhibbah rakan-rakan Ham Vee99 dari Ipoh menuju ke Melaka.

Program yang telah lama dirancang itu akhirnya menjadi kenyataan dengan penyertaan lebih kurang 15 buah kenderaan berkonvoi seawal jam 8.00 pagi dari lokalan Ipoh.

Konvoi kemudiannya singgah di Kuala Lumpur untuk makan tengahari dan disambut oleh rakan-rakan PRADAS yang sudah sedia menanti di Restoran Sri Tempua, Taman Batu Muda Tambahan.

Walaupun peserta kelihatan keletihan, namun sambutan yang hangat yang diberikan oleh rakan-rakan PRADAS telah menyerikan semula semangat berkonvoi peserta.

Kehadiran Presiden PRADAS sendiri, Pak Zakaria (PRGE), sebagai 'Tuan Rumah' menjadikan program 'makan tengahari' tersebut lebih ceria dengan usik-mengusik dan hilai-tawa.

Terimakasih kepada peserta-peserta konvoi yang sudi menerima pelawaan kami dan juga terimakasih kepada rakan-rakan PRADAS yang terlibat secara lansung dan tidak lansung meraikan 'Tetamu Istimewa' ini.

Semangat Ham tanpa mengira sempadan inilah yang patut kita tunjukkan.