Selamat Datang


Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog saya...
Blog saya ini diwujudkan bukanlah sebagai alat pencernaan minda

jauh sekali sebagai pusat rujukan....
Namun atas dasar ingin berkongsi pengalaman dan maklumat,

maka wujudlah blog ini yang tidak seberapa adanya....
Maklumbalas dari pelawat-pelawat sekelian,

saya dahului dengan ucapan Terima Kasih....

73,
Wasallam
9w2YYB



.......................................

Radio Amateur Mengikut Persepsi Saya Sendiri

Radio Amateur atau HAM Radio merupakan salah satu cara komunikasi radio dua hala menggunakan radas tertentu dan frekuensi tertentu untuk berhubung baik semasa kecemasan, bencana dan malapetaka mahupun untuk mencari kenalan dan sembang-sembang di serata dunia selagi penggunaannya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sesebuah negara.
Realitinya, sistem komunikasi yang agak kuno ini amat berguna apabila berlaku bencana dan kegagalan sistem komunikasi moden yang lain disamping keupayaannya untuk berhubung dengan para angkasawan yang mengelilingi orbit bumi.
Walau apapun tafsirannya, yang nyata; ke mana sahaja saya pergi, pasti akan ada rakan-rakan yang menanti dengan semangat persahabatan.


.....................................................

Khamis, 28 Ogos 2008

Al-Fatihah buat 9M2DS Pak Dollah


Al-Fatihah. Berita yang saya dengar melalui jaluran PRADAS ini mengenai pemergian ke Rahmatullah Pak Dollah atau lebih mesra dengan panggilan Dongdang Sayang.
Saya secara peribadi dan juga mewakili rakan-rakan Amateur di Malaysia ingin mengucapkan Takziah kepada keluarga beliau.
Semoga roh arwah akan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Rabu, 27 Ogos 2008

Bulan Kemerdekaan Radio Amatur Malaysia - Indonesia 2008






Pak Boy, YF5NZ



*Sila klik di sini untuk gambar seterusnya.

Pada 23 dan 24hb Ogos 2008 baru-baru ini telah berlangsung majlis sambutan Bulan Kemerdekaan Radio Amatur Malaysia - Indonesia 2008 di Awana Genting, Genting Highland, Pahang.


Program tersebut juga bersempena dengan lawatan ORARI ke Malaysia dan dikelolakan oleh ASTRA Kawasan Tengah.


Seramai lebih kurang 15 ahli ORARI mewakili serata Indonesia telah hadir pada majlis berkenaan. Kebanyakannya terdiri dari wakil-wakil lokalan dan juga ahli Parlimen Indonesia.


Disambut lebih dari 200 orang rakan HAM dari Malaysia, para peserta diraikan dengan pelbagai aktiviti termasuk karaoke dan dangdut.


Kepada pihak yang bertanggungjawab melancarkan program tersebut, sekalung tahniah diucapkan.


Bila pula kita nak berdangdut di Indonesia?


RAE2008-1 Result dah keluar.

Tahniah kepada semua rakan-rakan yang berjaya dalam RAE2008-1 baru-baru ini.
Semoga bertambah lagi warga HAM di Malaysia dan kepada yang tak berjaya, jangan jadikannya alasan untuk memencilkan diri dan berputus asa. Cuba lagi biar sampai 10 kali sekalipun.

Keputusan penuh, sila klik di link di bawah.
http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/RAE_2008_1_Result_for_Website.pdf

Jumaat, 22 Ogos 2008

Info Trafik : Konvoi 4x4 Merdeka 2008 ke Lata Kijang, Kuala Klawang.


Semua ahli Redah 4x4 adalah diwajibkan untuk menyertai Konvoi 4x4 Merdeka ke Lata Kijang, Kuala Klawang, N. Sembilan pada 30-31hb Ogos ini.

Tarikh : 30hb-31hb Ogos 2008
Tempat Berkumpul : Pekan Batu 9, Hulu Langat.
Masa bertolak : 0900pagi
Bayaran : RM20/4x4.
(RM10 untuk sewa tapak perkhemahan, RM10 untuk membeli keperluan asas perkhemahan dan makanan ringan untuk anak-anak).

Kepada ahli yang menghadapi kesukaran untuk menyertainya, sila berhubung dengan :
Setiausaha Redah 4x4 Club, Mejar Samsudin di talian 019-2663242 atau En. Najib di talian 019-2739916.

*Sila bawa Jalur Gemilang yang siap dipasang pada 4x4 masing-masing.

Info Trafik : Konvoi Jalur Gemilang 2008 - MPS

Kepada sesiapa yang mempunyai 4x4 dan berkelapangan bolehlah menyertai konvoi Jalur Gemilang mengelilingi Daerah Gombak anjuran Majlis Perbandaran Selayang.
Memandangkan ramai rakan-rakan yang terlepas peluang untuk menyertai Konvoi Jelajah Malaysia, sekurang-kurangnya inilah peluang untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang beramai-ramai sambil berkonvoi.
Untuk ahli Redah 4x4, penyertaan adalah amat-amat digalakkan.

Tarikh : 23hb Ogos 2008
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Stadium Selayang.

Selasa, 19 Ogos 2008

Kejohanan Boling Pradas 2008





















*Sila klik di sini untuk gambar seterusnya.





Pada hari Ahad, 17hb Ogos 2008, telah berlansung Kejohanan Tahunan Boling Pradas yang diadakan di U-Bowl, Bandar Utama.



Kejohanan yang menyaksikan penyertaan seramai 60 orang ahli Pradas dan keluarga masing-masing itu dibahagikan kepada 14 kumpulan.



Untuk keputusan penuh kejuaraan tersebut sila rujuk lampiran di atas.



Penulis kecewa kerana terlalu kerap sangat bola masuk longkang. Mungkin treknya senget atau bolanya lonjong.



Apa-apapun tahniah kepada yang berjaya. Jumpa lagi di tahun hadapan.

Isnin, 18 Ogos 2008

SCS : Jelajah Merdeka 2008

Saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat berlepas, selamat memandu kepada semua peserta konvoi Jelajah Merdeka 2008 pada tahun ini yang bermula pada 17hb Ogos 2008 sehingga 24 Ogos 2008.
Seperti tahun-tahun sudah rakan-rakan dari SCS akan melengkapkan jadual aktiviti tahunannya untuk turut serta dalam penjelajahan berkereta mengelilingi Semenanjung Malaysia bagi membantu agensi kerajaan dalam mempromosi Sambutan Kemerdekaan setiap tahun.
Sebanyak 51 buah kenderaan peserta dari SCS (tidak termasuk pihak seketeriat) akan berkonvoi jelajah Semenanjung Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke - 51 pada tahun ini.
Didoakan semoga rakan-rakan kita akan selamat di dalam perjalanan ke destinasi yang ditetapkan dan selamat kembali semula ke lokalan masing-masing.
Penulis?....Tahun ni tak dapek lagi le nak turut serta...

Khamis, 7 Ogos 2008

Program Lawatan ORARI - ASTRA (Wilayah Tengah)

Detail ProgramTema : Bulan Kemerdekaan Warga Amatur Malaysia - Indonesia
Tarikh : 23 - 24 Ogos 2008
Tempat : Kawasan Perkhemahan Awana Genting / Awana Genting Campsite
Keluasan Tempat : 5.3 Hektar
Pengangkutan : Kenderaan Persendirian atau Pengangkutan Awam.
Bayaran:

i) RM15 Seorang
ii) RM25 Family
Note: Termasuk Makan Malam, Sarapan & Kemudahan Perkhemahan/Campsite.

Atau

i) RM25 Seorangii) RM35 FamilyNote : Termasuk Sehelai Program T-Shirt, Makan Malam, Sarapan & Kemudahan Perkhemahan/Campsite.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://astra-tengah.blogspot.com/

Lagi Tersangkut di Gunung Nuang











Pada 2hb Ogos 2008, tempohari satu lagi panggilan kecemasan diterima oleh rakan-rakan JPA3 dari pihak polis, menyatakan ada seorang pendaki yang mengalami kecederaan di puncak Gunung Nuang.
Saya yang kebetulan berada di Stadium Putra Bukit Jalil telah dihubungi oleh Pak Shukor PRSG, untuk mendapatkan bantuan 4x4 bagi menghantar pasukan JPA3 seterusnya mengambil pendaki-pendaki yang mengalami kesukaran.
Tanpa membuang masa, saya bersama xyl dan harmonik terus ke lokasi Bilik Gerakan Gunung Nuang.
Operasi turut melibatkan pasukan dari JPA3, PDRM, Redah 4x4 Club dan MARES.
Kepada yang terlibat, terimakasih diucapkan. Semoga kita tak akan jemu-jemu melakukan kerja amal.
Kerjasama dari semua pihak

Isnin, 4 Ogos 2008

Bulan Kecergasan Kebangsaan 2008





















P
ada 2 & 3 hb Ogos 2008 baru-baru ini, telah berlansung acara penutup Bulan Kecergasan Kebangsaan 2008 di perkarangan letak kereta Stadium Putra, Bukit Jalil.

Dua hari terakhir kempen kesihatan Kementerian Belia dan Sukan ini, diserikan dengan pelbagai aktiviti sukan seperti Drift Racing, Tomoi, Futsal kalah-mati tanpa henti, Flying Fox, memanah dan lain-lain lagi.

Di samping itu, juga diadakan hiburan oleh artis-artis tempatan dan gerai-gerai pameran.

Persatuan Peminat Komunikasi Dua Hala Selangor, PRADAS juga turut serta di dalam pameran tersebut untuk mempromosi aktiviti sihat komunikasi dua hala; Radio Amateur.

Seramai lebih-kurang 80 orang pemegang callsign PRADAS bersama keluarga masing-masing menceriakan lagi suasana di Stadium Bukit Jalil ini.
Penerimaan masyarakat tentang aktiviti radio ham ini diterjemahkan dengan kemasukan lebih-kurang 25 ahli baru ke dalam PRADAS.

Acara penutup Bulan Kecergasan Kebangsaan ini diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB. DATO' ISMAIL SABRI BIN YAAKOB.

Semoga acara sihat seperti ini akan terus diadakan dari masa ke semasa.

Jumaat, 1 Ogos 2008

SCS SHOOTING SPORT








Gambar-gambar arkib bersama rakan-rakan di suatu masa dahulu.....







Tidak pernah termimpi bagi penulis untuk memegang dan melepaskan tembakan menggunakan pistol atau senapang sehinggalah diberi peluang oleh pihak pengurusan SCS suatu ketika dahulu di Lapang Sasar, Kelab Penembak Bandar Di-Raja Kelang.

Pada rutinnya, seluruh warga SCS akan mengadakan sesi latihan menembak pada setiap minggu keempat setiap bulan. Ini tidak termasuk mereka yang berdaftar di bawah SCS Shooting Academy, dimana sesi latihan lebih kerap dijalankan.

Pengalaman pertama kali memetik picu GLock 17 dan GLock 19 menggunakan peluru 9mm amat-amat mengujakan. Tembakan sebanyak 50 "round" begitu menguji kekuatan mental dan fizikal disamping faktor 'nasib'.

Penulis juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis pistol, revolver dan senapang.

Di akhir sesi, penulis dihadiahkan dengan kesan lebam di bahu akibat hentakan pump-gun sebanyak 20 "round".