Selamat Datang


Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog saya...
Blog saya ini diwujudkan bukanlah sebagai alat pencernaan minda

jauh sekali sebagai pusat rujukan....
Namun atas dasar ingin berkongsi pengalaman dan maklumat,

maka wujudlah blog ini yang tidak seberapa adanya....
Maklumbalas dari pelawat-pelawat sekelian,

saya dahului dengan ucapan Terima Kasih....

73,
Wasallam
9w2YYB



.......................................

Radio Amateur Mengikut Persepsi Saya Sendiri

Radio Amateur atau HAM Radio merupakan salah satu cara komunikasi radio dua hala menggunakan radas tertentu dan frekuensi tertentu untuk berhubung baik semasa kecemasan, bencana dan malapetaka mahupun untuk mencari kenalan dan sembang-sembang di serata dunia selagi penggunaannya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sesebuah negara.
Realitinya, sistem komunikasi yang agak kuno ini amat berguna apabila berlaku bencana dan kegagalan sistem komunikasi moden yang lain disamping keupayaannya untuk berhubung dengan para angkasawan yang mengelilingi orbit bumi.
Walau apapun tafsirannya, yang nyata; ke mana sahaja saya pergi, pasti akan ada rakan-rakan yang menanti dengan semangat persahabatan.


.....................................................

Rabu, 3 September 2008

Konvoi 4x4 Merdeka ke Lata Kijang - Redah















*Sila klik di sini untuk gambar seterusnya.

*Website Redah 4x4 Club.


Pada 30hb Ogos 2008 baru-baru ini, Sekumpulan ahli Redah 4x4 Club telah berkonvoi menjelajah Hulu Langat, Selangor ke Lata Kijang, Kuala Klawang, N.S.
Lebih 20 buah kenderaan 4x4 dengan ahli keluarga masing-masing memecah kesunyian hutan belantara yang terkenal selepas keluarnya iklan "Kopi Radik".
Perkhemahan keluarga tersebut dihiasi dengan acara-acara santai dan karaoke selain BBQ.
Di sebelah malam Ambang Merdeka, perserta dikejutan oleh berpuluh-puluh das tembakan meriam 'kalbait' dan diserikan lagi dengan upacara mengebarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang.
Sememangnya 4x4 tidak akan lengkap tanpa aktiviti 'mengecas'.
Penampilan muka baru dalam 4x4 menceriakan lagi aktiviti yang mencabar minda dan fizikal itu.
Tahniah kepada muka-muka baru 4x4 yang menunjukkan keazaman yang tinggi menyahut cabaran baik dari alam semulajadi mahupun dari rakan-rakan.
Peserta bergerak pulang pada petang 31hb Ogos 2008 untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan keesokan harinya.

Isnin, 1 September 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh warga HAM dan para pelawat blog saya.
Dengan kedatangan bulan yang mulia ini, diharapkan semua sahabat sekelian akan dapat menunaikan ibadah dengan penuh rasa tanggungjawab dan Istiqomah kepada Allah S.W.T.
Jika ada kesilapan dan kesalahan saya disepanjang perkenalan kita, mohon dimaafkan.
Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini akan diterima dan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T...InsyaAllah.
Selamat Berpuasa dan Beramal.