Selamat Datang


Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog saya...
Blog saya ini diwujudkan bukanlah sebagai alat pencernaan minda

jauh sekali sebagai pusat rujukan....
Namun atas dasar ingin berkongsi pengalaman dan maklumat,

maka wujudlah blog ini yang tidak seberapa adanya....
Maklumbalas dari pelawat-pelawat sekelian,

saya dahului dengan ucapan Terima Kasih....

73,
Wasallam
9w2YYB



.......................................

Radio Amateur Mengikut Persepsi Saya Sendiri

Radio Amateur atau HAM Radio merupakan salah satu cara komunikasi radio dua hala menggunakan radas tertentu dan frekuensi tertentu untuk berhubung baik semasa kecemasan, bencana dan malapetaka mahupun untuk mencari kenalan dan sembang-sembang di serata dunia selagi penggunaannya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sesebuah negara.
Realitinya, sistem komunikasi yang agak kuno ini amat berguna apabila berlaku bencana dan kegagalan sistem komunikasi moden yang lain disamping keupayaannya untuk berhubung dengan para angkasawan yang mengelilingi orbit bumi.
Walau apapun tafsirannya, yang nyata; ke mana sahaja saya pergi, pasti akan ada rakan-rakan yang menanti dengan semangat persahabatan.


.....................................................

Selasa, 14 Julai 2009

Mesyuarat Agong Tahunan ke-2 Kelab 4x4 Redah






Alhamdulillah....Mesyuarat Agong Tahunan ke-2 Kelab 4x4 Redah telah berlansung dengan jayanya di mana saya sebagai Penolong Setiausaha waktu itu terbabit secara lansung dengan persiapan dan perancangan majlis tersebut.

Berlansung di Taman Rimba Komanwel pada 5 Julai 2009 yang lalu, majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli kelab serta keluarga untuk sama-sama berkumpul dan menjalankan tanggungjawab sebagai ahli kelab iaitu untuk memilih kepimpinan baru bagi tahun 2008/2009.

Itulah yang membezakan sesebuah Kelab atau Pertubuhan dengan Syarikat kepunyaan persendirian.

Walaupun bertanggungjawab sebagai jawatankuasa selama sepenggal dengan kelab ini, namun pelbagai asam garam yang telah saya lalui. Alhamdulillah segala pengalaman ini tak lain dan tidak bukan merupakan ilmu yang telah dijanjikan Allah kepada saya.

Untuk tahun ini, walaupun pelbagai pihak mengutarakan agar saya terus di dalam jawatankuasa, namun pendirian saya cuma satu, kelab ini hak semua. Biarlah masing-masing dapat merasa bagaimana sesuatu pertubuhan itu digerakkan. Bukan merajuk atau lepas tangan, tapi biarlah kelab ini menjadi platform atau landasan pembelajaran untuk semua.

Namun begitu bukanlah segala-galanya terhenti setakat ini. InsyaAllah segala ilmu dan pengatahuan yang saya miliki akan dikongsi bersama rakan-rakan.

-9W2YYB.

.

Tiada ulasan: