Selamat Datang


Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog saya...
Blog saya ini diwujudkan bukanlah sebagai alat pencernaan minda

jauh sekali sebagai pusat rujukan....
Namun atas dasar ingin berkongsi pengalaman dan maklumat,

maka wujudlah blog ini yang tidak seberapa adanya....
Maklumbalas dari pelawat-pelawat sekelian,

saya dahului dengan ucapan Terima Kasih....

73,
Wasallam
9w2YYB



.......................................

Radio Amateur Mengikut Persepsi Saya Sendiri

Radio Amateur atau HAM Radio merupakan salah satu cara komunikasi radio dua hala menggunakan radas tertentu dan frekuensi tertentu untuk berhubung baik semasa kecemasan, bencana dan malapetaka mahupun untuk mencari kenalan dan sembang-sembang di serata dunia selagi penggunaannya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sesebuah negara.
Realitinya, sistem komunikasi yang agak kuno ini amat berguna apabila berlaku bencana dan kegagalan sistem komunikasi moden yang lain disamping keupayaannya untuk berhubung dengan para angkasawan yang mengelilingi orbit bumi.
Walau apapun tafsirannya, yang nyata; ke mana sahaja saya pergi, pasti akan ada rakan-rakan yang menanti dengan semangat persahabatan.


.....................................................

Isnin, 25 Mei 2009

Lagi santai di Pertak





































































































































































Sekarang ni musim panas ke apa?

Lepak kat rumah yang tak ada air-con (maklumlah orang miskin), rasa macam kena salai.

Tempat-tempat sejuk seperti Cameron ke, Genting ke...Rasanya tak menjanjikan kepuasan.

Emmm...so, tak kiralah orang nak kata apa, hari Ahad yang lepas keluarga yang 'kepanasan' ni sempat juga lah menyejukkan diri di Pertak.

Inilah cara warga 4x4.

Tengok gambar tau la macamana punya sejuk....Laaayaaann....






Pendaftaran baru Oscar Lima









































Stingray
























Kerambit


























LC2





















































Wan Ten

Lagi Gambar....


Pada 23 Mei 2009 yang lepas, pendaftaran untuk pengambilan ahli baru Oscar Lima telah diadakan di Kem Hamzah, Hulu Tamu.

Penulis yang kebetulan membawa keluarga untuk mandai-manda di sana, telah dipelawa sekali untuk memohon kemasukan ke salah satu jalur radio dua hala Oscar Lima.

Kalau bernasib baik, adalah audio saya berkumandang di frenkuensi tersebut. Kalau tak diterima, almaklum sajalah di mana saya akan memancar.

Terimakasih kepada pihak pengurusan Oscar Lima dan PAT kerana membuka keahlian baru kepada semua walaupun sebelum ini diberitakan bahawa kemasukan baru biasanya akan melalui tapisan yang amat ketat. Wallahualam, sayapun tak pernah mencuba.

Langkah terbaru itu sememangnya wajar memandangkan PAT sendiri agak kekurangan warga pelapis setelah ramai dikalangan 'otai-otai'nya yang dah start menjauhkan diri dari alam 4x4.

Semoga warga pelapis ini akan terus membawa amanah dan kesinambungan dari pelopor-pelopor PAT dan Oscar Lima.

-9w2yyb.