Selamat Datang


Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog saya...
Blog saya ini diwujudkan bukanlah sebagai alat pencernaan minda

jauh sekali sebagai pusat rujukan....
Namun atas dasar ingin berkongsi pengalaman dan maklumat,

maka wujudlah blog ini yang tidak seberapa adanya....
Maklumbalas dari pelawat-pelawat sekelian,

saya dahului dengan ucapan Terima Kasih....

73,
Wasallam
9w2YYB



.......................................

Radio Amateur Mengikut Persepsi Saya Sendiri

Radio Amateur atau HAM Radio merupakan salah satu cara komunikasi radio dua hala menggunakan radas tertentu dan frekuensi tertentu untuk berhubung baik semasa kecemasan, bencana dan malapetaka mahupun untuk mencari kenalan dan sembang-sembang di serata dunia selagi penggunaannya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sesebuah negara.
Realitinya, sistem komunikasi yang agak kuno ini amat berguna apabila berlaku bencana dan kegagalan sistem komunikasi moden yang lain disamping keupayaannya untuk berhubung dengan para angkasawan yang mengelilingi orbit bumi.
Walau apapun tafsirannya, yang nyata; ke mana sahaja saya pergi, pasti akan ada rakan-rakan yang menanti dengan semangat persahabatan.


.....................................................

Isnin, 29 Jun 2009

Jamuan Durian Pak Sungkai.


















































































Sila klik untuk gambar seterusnya.

"Orang Berbudi, Kita Berbahasa......Orang Memberi Kita Merasa". Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan bagaimana hubungan sesama sahabat terjalin.

Pembuka bicara...'Terimakasih Pak Sungkai' atau nama sebenar Sdr. Annuar atas kesudian menjemput sahabat-sahabat ke kampungnya di Felda Trolak, Slim River untuk 'mengerjakan' lambakan duriannya.

Terimakasih juga buat ibu ayahnya yang tak lekang dengan senyuman melayan tetamu yang hadir.

Bukan setakat durian, kami juga dihidangkan dengan masakan ala kampung, ikan talapia merah panggang, petai dan lain-lain.

Hanya gambar yang dilampirkan sahaja yang dapat menceritakan suasana di sana.

-9W2yyb

Khamis, 25 Jun 2009

Kembara 4x4 AmanahRaya ke Ulu Slim




















































































































Sila KLIK DI SINI untuk gambar seterusnya.


A
lhamdulillah...Segala perancangan dan persiapan untuk satu program yang julung kalinya buat Redah iaitu Kembara 4x4 bersama-sama anak-anak yatim dari Asrama anak-anak Yatim Damai, Kuang anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan, Amanah Raya Berhad telah berjalan dengan lancar.

Program yang bermula seawal jam 3.00 petang, Jumaat, 19hb Jun 2009 ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Dato Ahmad Rodzi Pawanteh di Wisma AmanahRaya Jalan Ampang.

Peserta yang merupakan kakitangan AmanahRaya seramai 50 orang kemudiannya dibawa ke Asrama Anak-anak Yatim Kuang dan di sanalah seramai 20 orang anak-anak yatim yang rata-ratanya berumur 15 hingga 18 tahun telah dibawa menaiki kenderaan pacuan 4 roda ke hutan simpan Ulu Slim, Perak.

Program yang yang diketuai oleh Yang DiPertua Kelab Sukan dan Kebajikan AmanahRaya, En Zaidi Shahrim yang memandu pacuan 4 rodanya sendiri, sampai ke lokasi perkhemahan kira-kira jam 8.00 malam.

Laluan berliku dan permandangan hutan yang menghijau memberikan damensi baru bagi peserta yang baru berkenalan dengan aktiviti meredah hutan ini.

Rata-rata di kalangan peserta yang ditinjau pendapat menyatakan keseronokan yang sukar digambarkan walaupun terpaksa berkhemah dan makan ala kadar jauh dari kawasan ketamadunan manusia.

Walaupun aktiviti dan program lebih kepada yang telah diatur oleh pihak AmanahRaya, namun rakan-rakan Redah amat teruja tatkala dapat membawa peserta ke Pos Tenau sejauh lebih kurang 8 km dari tapak perkhemahan, untuk mengadakan demonstrasi pemanduan dan 'survival' 4x4.

Semoga langkah pertama Redah ini akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti seterusnya dengan badan-badan korporat untuk masa yang akan datang.

-9w2yyb.

Rabu, 17 Jun 2009

Kelas Ulangkaji terbuka untuk semua SWAL

Sisipan dari http://astra-tengah.blogspot.com/

Untuk semua rakan-rakan yang tak sempat nak ulangkaji keseorangan dan dah tak de masa , malah akan mengambil peperiksaan RAE minggu depan, sila daftar segera kelas ini...Satu kelas ulangkaji soalan-soalan RAE akan diadakan seperti berikut.


Kelas Ulangkaji Soalan-soalan RAE
Tarikh : 20 Jun 2009
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Sek Keb Puchong Utama 2, Puchong
Bayaran : RM10 sahaja

Tempat terhad. Daftar sekarang dengan menaip RAE_Nama penuh_No IC dan SEND ke 012-3050 205 ( 9W2REJ ) atau 012 3882282 ( 9W2MEZ )


Terbuka kepada sesiapa sahaja yang akan mengikuti Peperiksaan RAE.

Copied n edited from www.9w2rej.blogspot.com

YURAN TAHUNAN 2009

KEPADA SEMUA AHLI REDAH YANG MASIH LAGI TIDAK MEMBAYAR YURAN TAHUNAN SEBANYAK RM 50 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 2009, ANDA DIMINTA BERBUAT DEMIKIAN SECEPAT MUNGKIN DAN SELEWAT-LEWATNYA 30 JUN 2009 BAGI MELAYAKKAN ANDA UNTUK TURUT SAMA DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2.

BAYARAN BOLEH DIBUAT DENGAN CARA:

1. BAYARAN TERUS (CASH) KEPADA BENDAHARI KELAB EN NAJIB MARUF ATAU RENGAS

2. SISTEM BANK-IN KE DALAM AKAUN SEMENTARA BENDAHARI ATAU EN NAJIB B. MARUF DI NOMBOR (MAYBANK) 5121 5650 2592.

SILA PASTIKAN ANDA MENYIMPAN RESIT BAYARAN BAGI BUKTI PEMBAYARAN DAN BOLEH DISERAHKAN KEPADA BENDAHARI PADA BILA-BILA MASA ATAU SEBELUM AGM DIJALANKAN.


-Kundang

Mesyuarat Agung Redah 4x4 Club ke-2

KEPADA SEMUA AHLI KELAB 4X4 REDAH YANG BERDAFTAR, ANDA ADALAH DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2 BAGI TAHUN KEWANGAN 2009 YANG AKAN DILANGSUNGKAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 5HB JULAI 2009
MASA : 8.00 PAGI-2.00 PETANG.
TEMPAT : TAMAN RIMBA KOMENWEL, KM 23 JALAN KL-RAWANG.

PAKAIAN : BAJU F1 REDAH ATAU YANG BERSESUAIAN.

NOTIS SECARA BERTULIS BESERTA BORANG USUL JUGA AKAN DIPOSKAN KEPADA ANDA DI ALAMAT TEMPAT TINGGAL SEPERTI YANG TERDAPAT DI BORANG PENDAFTARAN AHLI. SILA MAKLUMKAN KEPADA PIHAK AJK JIKA TERDAPAT PERUBAHAN ALAMAT.

SEGALA USUL (JIKA ADA) YANG TELAH TULIS DI DALAM BORANG USUL HENDAKLAH DIKEMBALIKAN KE ALAMAT KELAB SELEWAT-LEWATNYA PADA 30HB JUN 2009, JAM 5.30 PETANG.

BORANG USUL YANG SAMPAI SELEPAS ITU DI ANGGAP TIDAK BERKAITAN.

SEBARANG PERTANYAAN DAN KEMUSKILAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI MERBATU, MERANTI, RENGAS, SENA ATAU KUNDANG.

Khamis, 4 Jun 2009

Tanggo-tanggo bersama rakan-rakan Radio PAT































































KLIK Untuk gambar seterusnya


P
ada 2hb Jun 2009 yang lalu penulis mendapat panggilan talipon dari seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Oscar Lima Delta Seven.

Terkejut juga, tetapi itulah kenyataannya bahawa penulis telah diterima masuk menyertai salah satu lagi Stesyen Radio Dua Hala yang terkenal di Malaysia iaitu Radio Petronas Adventure Team (R-PAT).

Callsign yang dicadangkan telah diterima iaitu Oscar Lima 143 - Kundang.

Terimakasih kepada pihak pengurusan yang diketuai oleh AS01-Stingray dan rakan-rakan yang 'merekemenkan' penulis terutamanya OL110-Wan Ten.

Maka lebih lebar lagilah persahabatan penulis dengan rakan-rakan PAT. Ada yang sudah kenal, Ada yang baru nak berkenalan.

Walaupun PAT lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti lasak 4x4 dan Overland yang berprofile tinggi, masih ada lagi ruang rupanya untuk orang yang baru berjinak-jinak seperti penulis ni.

Terimakasih kepada semua yang terbabit.

InsyaAllah peluang ini akan penulis gunakan sebaik-baiknya dan tidak akan melupakan asal-usul perjalanan penulis dalam aktiviti radio amatur dan 4x4 selama ini.

Gambar yang disertakan adalah gambar pertama penulis bersama-sama Stingray dan rakan-rakan PAT untuk 'tango-tango' pertama setelah permohonan diterima.

Semoga persahabatan kita semua akan mengembangkan lagi Ukhwah Islamiah antara kita.

-Oscar Lima 143 Kundang.

Isnin, 1 Jun 2009

Sg. Sendat yang telah lama ku tinggalkan.















M
emperkatakan tentang aktiviti penulis dengan alam 4x4, tidak dapat lari dari kenyataan bahawa tempat yang mula-mula mengajar selok-belok asas 4x4 adalah Sungai Sendat yang terletak di Ulu Yam, Selangor.

Di situlah penulis dengan seribu perasaan yang bercampur-baur, terkontang-kanting seorang diri tercari-cari sesiapa yang boleh dibuat kawan dan sanggup mengajarkan serba sedikit tentang 4x4.

Di situlah pengalaman pertama dirasai betapa seronoknya memandu dan dikuasai oleh jentera 4x4 menggunakan gear 4L.

Bak kata orang...'Lubuk lumpur tempat bermain jangan dilupakan..', begitulah yang terjadi pada hari Ahad lepas, 30 Mei 2009 apabila penulis bersama rakan-rakan dan keluarga berkunjung semula ke tempat yang pada asalnya merupakan tempat untuk uji pandu 4x4.

Tetapi keadaan telah berubah sekarang apabila pihak berkuasa tempatan telah menyediakan jalan berturap hingga ke dalam. Baik bagi orang ramai yang tidak mempunyai 4x4, tetapi agak mengecewakan peminat-peminat 4x4.

Walaubagaimanapun, banyak lagi tempat 'mengecas' baru yang lain. Cuma untuk aktiviti 'balik hari' di sini menjanjikan kepuasan untuk bersantai anak-beranak.

Layan gambar.......

.