Selamat Datang


Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog saya...
Blog saya ini diwujudkan bukanlah sebagai alat pencernaan minda

jauh sekali sebagai pusat rujukan....
Namun atas dasar ingin berkongsi pengalaman dan maklumat,

maka wujudlah blog ini yang tidak seberapa adanya....
Maklumbalas dari pelawat-pelawat sekelian,

saya dahului dengan ucapan Terima Kasih....

73,
Wasallam
9w2YYB



.......................................

Radio Amateur Mengikut Persepsi Saya Sendiri

Radio Amateur atau HAM Radio merupakan salah satu cara komunikasi radio dua hala menggunakan radas tertentu dan frekuensi tertentu untuk berhubung baik semasa kecemasan, bencana dan malapetaka mahupun untuk mencari kenalan dan sembang-sembang di serata dunia selagi penggunaannya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sesebuah negara.
Realitinya, sistem komunikasi yang agak kuno ini amat berguna apabila berlaku bencana dan kegagalan sistem komunikasi moden yang lain disamping keupayaannya untuk berhubung dengan para angkasawan yang mengelilingi orbit bumi.
Walau apapun tafsirannya, yang nyata; ke mana sahaja saya pergi, pasti akan ada rakan-rakan yang menanti dengan semangat persahabatan.


.....................................................

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Saya serta keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H kepada seluruh keluarga dan peminat radio amatur, penggemar sukan 4x4, kawan-kawan, saudara-mara dan seluruh umat Islam.

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan kemaafan seandainya di sepanjang persahabatan kita, ada hati yang terguris dan halalkan segala makan minum yang secara sengaja atau tidak sengaja menjadi darah daging saya.

Dalam pada kita meneruskan ibadah puasa ini, jangan dilupa saudara mara kita yang tidak bernasib baik di seluruh dunia yang sama-sama menunaikan tanggungjawab yang sama.

Semoga Ramadhan kali ini memberikan limpahan Rahmat kepada kita dari Allah S.W.T.

-9w2yyb.