Selamat Datang


Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog saya...
Blog saya ini diwujudkan bukanlah sebagai alat pencernaan minda

jauh sekali sebagai pusat rujukan....
Namun atas dasar ingin berkongsi pengalaman dan maklumat,

maka wujudlah blog ini yang tidak seberapa adanya....
Maklumbalas dari pelawat-pelawat sekelian,

saya dahului dengan ucapan Terima Kasih....

73,
Wasallam
9w2YYB



.......................................

Radio Amateur Mengikut Persepsi Saya Sendiri

Radio Amateur atau HAM Radio merupakan salah satu cara komunikasi radio dua hala menggunakan radas tertentu dan frekuensi tertentu untuk berhubung baik semasa kecemasan, bencana dan malapetaka mahupun untuk mencari kenalan dan sembang-sembang di serata dunia selagi penggunaannya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sesebuah negara.
Realitinya, sistem komunikasi yang agak kuno ini amat berguna apabila berlaku bencana dan kegagalan sistem komunikasi moden yang lain disamping keupayaannya untuk berhubung dengan para angkasawan yang mengelilingi orbit bumi.
Walau apapun tafsirannya, yang nyata; ke mana sahaja saya pergi, pasti akan ada rakan-rakan yang menanti dengan semangat persahabatan.


.....................................................

Rabu, 9 September 2009

MENYUSUR AKAR AMAL RAMADHAN 2009





















































































Sila KLIK di sini untuk gambar.
Gambar LAGI DI SINI


Pada 15 Ramadhan 1430 yang lalu, telah berlansung satu program khidmat masyarakat yang membabitkan Kelab Redah 4x4 dan Puteri UMNO Caw Kuala Selangor.

Program yang dikenali sebagai Menyusur Akar Amal Ramadhan itu memberi fokus kepada pengagihan barangan sumbangan ahli Kelab Redah 4x4, korporat dan orang pesaorangan kepada fakir miskin, ibu tunggal anak yatim dan orang yang kurang berkeupayaan di sekitar Kuala Selangor.

Kawasan pengagihan yang terlibat adalah Bukit Melawati, Ijok dan Jeram.

Seramai lebih kurang 100 orang yang terlibat dalam aktiviti kemanusiaan ini terdiri daripada ahli Kelab Redah 4x4, Puteri UMNO, kelab radio komunikasi, orang persaorangan dan keluarga masing-masing bagi mengagih barangan berupa bahan asas seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain dengan menaiki jentera 4x4.

Pengagihan yang bermula jam 9.00 pagi itu berlarutan sehingga ke pukul 5.00 petang dan beberapa program menyusur selepas itu.

Turut hadir di dalam program tersebut adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO, Hj Jahaya Ibrahim dan Ketua Puteri, Cik Zulimah Mukid.

Majlis berbuka puasa, Tazkirah Ramadhan dan solat Terawih menjadi acara penghujung program tersebut.

Apa-apapun terimakasih kepada semua pihak yang terbabit dan terimakasih juga kepada Puteri UMNO atas juadah dan logistik yang disediakan. Tahniah juga kerana walaupun sebuah pertubuhan politik, namun disepanjang program terbabit, tiada lansung disentuh soal politik.

Semoga kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang untuk meringankan bebanan saudara kita yang tidak bernasib baik ini.

-9w2yyb/Kundang/PRXN

.